jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Mangsa Banjir Daerah Jempol

Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Mangsa Banjir Daerah Jempol

12 Disember 2024 l telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Mangsa Banjir Daerah Jempol yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun di Pejabat Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.

 

Kehadiran YAB Menteri Besar dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah disambut meriah oleh Tuan Amino Agos bin Suyub Pegawai Daerah Jempol, YB Tuan Mustapa bin Nagoor ADUN Kawasan Palong, YB Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Karim ADUN kawasan Jeram Padang, Ketua-ketua jabatan Daerah, Pengerusi JPKK serta para penerima sumbangan.

 

Seramai 95 Ketua Isi Rumah telah menerima sumbangan sebanyak RM1000 daripada Kerajaan Negeri dan sumbangan dapur memasak daripada SWM Enviroment. Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua agensi keselamatan dan kebajikan yang terlibat dalam memastikan kesejahteraan mangsa disamping membantu membersihkan rumah mangsa ketika pasca banjir.

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan memberikan keceriaan dalam kehidupan mereka.

 

Sumber : Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Skip to content