Jelajah Aidilfitri Fakir Miskin Daerah Jempol
Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Negeri Sembilan Daerah Jempol yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, YB Dato’ Shamshulkahar bin Mohd. Deli, YB Dato’ Manickam Letchuman ADUN Jeram Padang, Ketua-ketua jabatan daerah dan penyelaras-penyelaras DUN. Sumbangan yang disampaikan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau MBI.
Seramai 315 orang Fakir Miskin telah disenaraikan bagi menerima sumbangan Aidilfitri ini. Semoga dengan sumbangan yang disampaikan dapat memanfaatkan kesemua penerima bagi persediaan Aidilfitri yang bakal menjelma.