Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah Kampung Serampang Indah (GATCO) Fasa 2
24 Disember 2020, Bandar Seri Jempol – Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah Kampung Serampang Indah (GATCO) Fasa 2 telah disempurnakan oleh YAB Dato’Seri Hj Aminuddin bin Harun. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Sesi penyerahan Hakmilik (Geran) telah berlangung di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Penyelaras Dun Sg. Lui dan turut hadir bersama YB Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru merangkap ADUN Bahau.
Seramai 170 orang penduduk telah diluluskan hak pemberimilikan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun 31 orang penduduk terlibat urusan penyelesaian puasaka di atas tanah terbabit, maka bagi Fasa 1 sebelum ini menyaksikan 139 penduduk menerima 4 ekar tanah (101 orang penduduk asal) terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu Cina dan India. Manakala 38 orang bukan penduduk asal GATCO menerima 2 ekar tanah juga dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan India.