Majlis Penyampaian Hakmilik Peneroka Felda Serting Hilir 3 dan 7
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hakmilik Peneroka Felda Serting Hilir 3 dan 7 pada 18 Disember 2017 di Dewan Orang Ramai Felda Serting Hilir Kompleks.
Majlis tersebut menyaksikan seramai 140 orang peneroka Felda Serting Hilir 3 dan 203 orang peneroka Felda Serting Hilir 37 menerima dokumen hakmilik masing-masing. Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Penyerahan Replika Cek Insentif Penyelesaian Penuh Saham FGV Felda Wilayah Raja Alias yang telah disampaikan oleh Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad kepada wakil peneroka, Encik Yaacob b. Ibrahim.