23 Jun 2023 – Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Daerah Jempol yang melibatkan 62 orang penerima di sekitar Daerah Jempol. Majlis telah berlangsung di Dewan Felda Palong 1.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Teo Kok Seong yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir di dalam majlis tersebut YB Dato’ Shamsulkhahar bin Md Deli Ahli Parlimen Jempol, YB Dato’ Manickham a/l Letchuman ADUN Jeram Padang, Puan Nawal binti Mohamed Amin Pegawai Daerah Jempol serta Ketua Jabatan Daerah Jempol.
Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada 62 orang penerima dan majlis telah berlangsung dengan jayanya.