jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir Daerah Jempol

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir Daerah Jempol

8 Januari 2025 l Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir Daerah Jempol yang telah disempurnakan oleh YB Parlimen Jempol YB. DATO’ HJ SHAMSHULKAHAR HJ. MOHD DELI di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.

 

Kehadiran YB Parlimen Jempol dan YB ADUN Jeram Padang telah disambut meriah oleh Pegawai Daerah Jempol Tuan Amino Agos bin Suyub, Ketua- ketua Jabatan Daerah, Pengerusi JPKK serta penerima – penerima bantuan.

 

Seramai 84 Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan sebanyak RM1,500 beserta kit keperluan harian daripada NADMA dan Pejabat YB Parlimen Jempol.

Pada masa yang sama, YB Parlimen Jempol tidak melepaskan peluang membuat bayaran cukai tanah di KIOS PTGNS di ruang lobi PDTJL. Dengan adanya KIOS PTGNS ini, bayaran dan semakan cukai tanah dapat dibuat dengan mudah dan pantas.

 

Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua agensi yang membantu semasa banjir dalam memastikan kebajikan mangsa banjir. Terima kasih juga kepada agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Skip to content