Majlis Penghargaan KTM/Penyelia serta Petugas SPR sempena PRU 14 bagi Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 30 Julai – Satu Majlis Penghargaan Ketua Tempat Mengundi / Penyelia dan Petugas SPR sempena PRU 14 telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Turut hadir Pengarah SPR Negeri Sembilan Tuan Mohd Haikal b Kamaruddin. Majlis juga turut meraikan perpisahan Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Pegawai Daerah Jempol yang akan bertukar ke Majlis Perbandaran Seremban. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua petugas dan Ketua-ketua Jabatan peringkat Daerah yang turut hadir bagi memberi sokongan dan menyerikan lagi majlis pada kali ini.