Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka
22 Ogos 2019 – Majlis Pelancaran Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka peringkat Daerah Jempol. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YM Raja Norazli bin Raja Nordin, YDP Majlis Perbandaran Jempol sebagai wakil Tuan Pegawai Daerah Jempol. Konvoi Kembara Merdeka ini melibatkan 31 buah kenderaan pacuan 4 roda, 7 buah motorsikal besar dan 20 buah motorsikal kecil yang melibatkan 16 agensi kerajaan.
|
|
|
|