Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 01 Ogos 2017 – Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Jempol telah berlangsung jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Pengisian program juga diselitkan dengan sayembara puisi sempena bulan kebangsaan.
Disamping itu juga konvoi mengibarkan jalur gemilang juga dilepaskan pada pagi ini, yang disertai oleh agensi kerajaan di Daerah Jempol serta pelajar Kolej Komuniti Daerah Jempol.