Jempol, 20 Januari 2025 ( Isnin ) – Setinggi-Tinggi Tahniah diucapkan kepada semua penerima pingat dari Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Puan Mazurah binti Mustafa, Encik Izmeer Adham bin Ashaary yang telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan Encik Zulkifli bin Abdullah pula dikurniakan Pingat Khidmat Lama (P.K.L) di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-77 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam perkhidmatan.
Semoga terus sukses dalam kerjaya dan diberikan kejayaan yang berterusan. Tahniah! dan syabas diucapkan.