21 Mac 2024 I DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar beserta anakanda telah berkenan berangkat ke Masjid Kariah Serting Tengah bagi Majlis Berbuka Puasa malam tadi bersamaan 10 Ramadan 1445H.
Keberangkatan tiba DYMM Tuanku telah disambut oleh Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal binti Mohamed Amin, YM Penghulu Luak Jempol, YB Exco Belia dan Sukan merangkap ADUN Palong, YB Parlimen Jempol, YB ADUN Serting, Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua Jabatan Daerah serta penduduk kampung.
Usai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, tazkirah ringkas, solat isya dan kemudiannya solat terawih berjemaah serta penyampaian kurnia kepada pelajar-pelajar tahfiz dan kanak-kanak.
Selanjutnya, DYMM Tuanku dan DYMM Tunku Ampuan juga telah berkenan menyampaikan kurnia kepada 17 orang asnaf kariah Serting Tengah.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan bersurai kira-kira jam 11 malam. Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku dan Tunku Ampuan serta anakanda berdua atas kesudian ke majlis ini. Semoga Allah SWT memanjang usia Tuanku sekeluarga.