Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018
Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Oktober 2018 di Klana Resort, Seremban. Dalam majlis tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi Perarakan Perbarisan Kategori Daerah sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan pada 31 Ogos 2018. Johan telah dimenangi oleh Majlis Daerah Jempol manakala tempat ketiga disandang oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen daerah Jempol.