13 Jun 2024 (Khamis)
Bertempat di Pinggiran Bukit Bunga, Kg. Datok Johan, Serting
Lawatan tapak projek pembangunan bukit bunga bersama Pihak Konsultan SAINS untuk perancangan menyeluruh di bawah BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB). Perancangan Fasa 1 akan menumpukan pembinaan Rumah Pam untuk menyalurkan bekalan air ke 20 unit rumah sedia ada. Hadir bersama Cik Siti Aisyah bt. Nordin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD), Penolong Jurutera, Penghulu Mukim DUN Serting dan JPKK Datok Johan.