jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Lawatan Penanda Aras Berkenaan Aplikasi Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Pahang Yang Dibangunkan Oleh Malaysia Space Agency (MYSA) Dengan Kerjasama PejabatPengarah Tanah & Galian Pahang dan Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands

Lawatan Penanda Aras Berkenaan Aplikasi Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Pahang Yang Dibangunkan Oleh Malaysia Space Agency (MYSA) Dengan Kerjasama PejabatPengarah Tanah & Galian Pahang dan Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands

18 September 2023, Pahang – Satu lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang telah diadakan pada 18 September 2023. Delegasi lawatan kerja yang diketuai oleh Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol telah disambut baik oleh pengurusan tertinggi dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.

 

Dalam sesi lawatan berasingan pada 14 September, telah diadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Lawatan ini yang telah diketuai oleh Puan Anis Afiqah binti Ab. Aziz, memangku tugas Timbalan Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Turut serta dalam lawatan pegawai dari Unit Pembangunan dan Pelupusan Tanah dan Bahagian Pelan.

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mendapatkan input berkenaan pembangunan dan penggunaan aplikasi ini. Selain dapat menjalinkan hubungan baik serta kerjasama dua hala dalam pemerkasaan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus tanah di daerah Jempol.

Skip to content