22 November 2023 | Pegawai Daerah Jempol bersama Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Daerah Jempol, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), wakil Pejabat Ahli Parlimen Jempol serta Pengerusi JPKK Kampung Serting Ilir telah melawat Mini Kompleks Sukan Kg Serting Ilir pada jam 9 pagi.
Lawatan ini dilaksanakan bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan mini kompleks ini yang akan dilaksanakan dengan kerjasama KBS serta PDTJL.
Perancangan bagi menaik taraf mini kompleks ini secara berfasa bertujuan untuk mewujudkan masyarakat aktif dan sihat.