13 Sept 2023 l Lawatan kerja YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol. Kehadiran YB Dato’ telah disambut meriah oleh Pegawai Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol.
Bermula dengan sesi bergambar seterusnya YB Dato’ telah dibawa melawat ke semua unit dan juga pejabat JKR dalam Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol.
YB Dato’ juga telah menyampaikan amanat beliau yang telah memberi semangat kepada para kakitangan untuk terus maju dan cemerlang dalam menjalankan tugas.
Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol juga telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Pihak Tempatan Bil.2/2023