Lawatan Kerja Sehari YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ke Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 12 Julai 2019 – Satu lawatan kerja rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun ke Daerah Jempol telah berlangsung pada hari ini.
Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah perhimpunan Pentadbiran Daerah Jempol, taklimat Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan Daerah bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB Exco. Selain itu, rombongan yang Amat Berhormat Menteri Besar melawat tapak projek pembinaan Pejabat Imigresen di tanah milik kerajaan negeri. Seterusnya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar singgah ziarah dan menyampaikan bantuan kepada penduduk uzur di FELDA Lui Selatan 1 dan FELDA Lui Selatan 2 serta ke Masjid kariah FELDA Lui Selatan bagi solat jumaat dan menyampaikan sumbangan dan cenderamata kepada 17 orang bakal haji Peringkat Dun Sungai Lui. Kemudian, sesi menanam 3 batang pokok kelapa dan pokok durian serta melawat projek pertanian di FELDA Lui Barat. Kemudian YAB Menteri Besar Negeri Sembilan juga singgah di pusat pengumpulan produk di Kampung Jawa dan majlis pelancaran QR code produk – produk Daerah Jempol.
Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang Lawatan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ke Jempol. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan kerja tersebut.
Perhimpunan Pentadbiran Daerah Jempol |
||
Taklimat Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan Daerah bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB Exco. |
||
Rombongan yang Amat Berhormat Menteri Besar melawat tapak projek pembinaan Pejabat Imigresen di tanah milik kerajaan negeri. |
||
Yang Amat Berhormat Menteri Besar singgah ziarah dan menyampaikan bantuan kepada penduduk uzur di FELDA Lui Selatan 1 dan FELDA Lui Selatan 2. |
||
Rombongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Masjid Kariah FELDA Lui Selatan dan Solat Jumaat. |
||
Majlis Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata. |
|
|
Sesi menanam pokok – 3 batang pokok kelapa. |
|
|
Rombongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan melawat projek pertanian di FELDA Lui Barat dan menanam pokok durian. |
||
Rombongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan singgah di Pusat Pengumpulan Produk, Kampung Jawa.
Pelancaran QR code produk – produk Daerah Jempol. |