jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Lawatan Kerja Pegawai Daerah Jempol di Kg. Serting Ilir dan Kg. Jawa, Serting Tengah

Arkib Berita

lawatan kerja pegawai daerah jempol di kg serting ilir dan kg jawa serting tengah 6420dfd539589

Lawatan Kerja Pegawai Daerah Jempol di Kg. Serting Ilir dan Kg. Jawa, Serting Tengah

 

 

JEMPOL 20 Julai– Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah mengambil tindakan segera berhubung laporan dan aduan kerosakan jalan raya di bawah pentadbirannya.

Pendedahan berhubung keadaan jalan di Jalan Awang Kampung Serting Ilir turut melaporkan situasi di Jalan Menteri Besar kampung itu.Pegawai daerah Jempol, Dato Zazali Salehudin dalam reaksi kepada laporan berkenaan berkata, keadaan jalan yang berlopak dan tidak sekata di Jalan Awang dan Jalan Menteri Besar di kampung berkenaan sudah berada dalam pengetahuan pihaknya.

“Bagi laluan di Jalan Menteri Besar, jalan itu kini dalam proses membina longkang. Jadi, memang keadaan jalan agak kurang memuaskan namun kerja-kerja sedang dijalankan oleh pihak kontraktor yang telah dilantik.” Manakala kawasan di Jalan Awang yg didapati berlubang akan diturap segera untuk menutup lubang tersebut dan pihak kami juga akan memohon bagi menurap semula jalan tersebut.

“Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Menteri Besar yang mengakibatkan jalan tersebut bermasalah sedang dijalankan dan dijangka akan siap akhir bulan ini,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Utusan Malaysia pada 19 Julai lalu berhubung keadaan jalan yang berlubang dan rosak di Kampung Serting Ilir.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dun Serting, Abdul Rahman Ramli yang turut turun padang bagi meninjau isu berkenaan berkata, keadaan ini boleh diatasi memandangkan projek masih dalam pembinaan. ” Selepas kerja-kerja ini siap, isu ini tidak akan berlaku lagi dan mana-mana jalan yang masih dalam proses perlaksanan akan diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan.”katanya.Sementara itu, pihak JKR Jempol memaklumkan jalan tersebut adalah di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan bukan pihak tersebut seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan.

 

“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA”

 

 

Skip to content