16 Ogos 2023, Kuala Lumpur – Satu lawatan kerja ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah diadakan pada 16 Ogos 2023. Delegasi lawatan kerja yang diketuai oleh Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol telah disambut baik oleh pengurusan tertinggi MYSA dan turut diberikan penerangan berkenaan latar belakang & fungsi MYSA.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan jalinan kerjasama dua hala dalam pemerkasaan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus tanah di daerah Jempol. Lawatan yang melibatkan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong-penolong Pegawai Daerah, Penolong Pentadbir Tanah dan Penolong Pegawai Tanah ini dapat memberikan input yang membuka mata dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan dan tugas harian. Delegasi telah diberikan penerangan berkenaan sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
#MYSA #MOSTI #pdtjempol