03 Februari 2025 – Program lawatan dimulakan di kawasan terkesan banjir yang telah menjejaskan pengeluaran hasil sawit. Pihak JPS dan JKR telah memberi beberapa cadangan dan jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko banjir.
Seterusnya perbincangan isu limpahan air di kawasan penempatan penduduk Felda Raja Alias 2 ketika musim hujan lebat. Ini berlaku kerana terdapat pertemuan dua saliran air yang membanjiri satu aliran air dan menyebabkan banjir. Lawatan kerja ini adalah siri lawatan berperingkat yang akan menyantuni semua rakyat di bahagian Dun Serting.
Lawatan berakhir dengan perasmian tapak projek “Touch Point” di tapak kosong perumahan kakitangan Felda Raja Alias bersama Jabatan Pertanian Jempol.
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol diwakili oleh En Zulfiqar bin Mustapa (Penolong Pegawai Daerah) bersama Mohd Shahrudin bin Abdul Aziz (Penghulu Mukim) turut sama bersama Pengarah Wilayah Felda Raja Alias, Jurutera Daerah (JKR), Penguasa Daerah (JPS), Pegawai dari FELDA HQ serta pimpinan Masyarakat dan Peneroka.