Lawatan ke Kilang NS Cement
Pegawai Daerah Jempol, Tuan Mas Midyawan bin Yahya bersama delegasi Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah melawat ke kilang CIMA (NS Cement) pada 23 Julai 2019 pada jam 2.15 petang. Lawatan ini turut disertai oleh YM Raja Norazli bin Raja Nordin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol. Para delegasi telah diberikan sambutan mesra oleh pihak pengurusan CIMA. Rombongan telah diberikan taklimat mengenai perjalanan operasi pembuatan simen dan dibawa melawat ke kuari bagi merasai pengalaman perjalanan operasi pengeluaran dan pemprosesan simen. Lawatan berakhir pada jam 5 petang.