Lawatan Bencana Alam Bersama Timbalan Pentadbir Tanah
Pada 8 Oktober 2018 jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, Timbalan Pentadbir Tanah (menanggung tugas Pegawai Daerah Jempol), YM Raja Nordin bin Raja Norazli telah melakukan lawatan ke beberapa rumah di Kg. Serting Ulu, Kg. Bayan Lama, Felda Pasoh 2 dan Felda Pasoh 3 yang mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kuat yang melanda Jempol pada hari tersebut.
Beberapa tindakan awal akan diambil oleh Pejabat dan Tanah Jempol serta Felda bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.