Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Jabatan Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
15-16 Disember 2021 – Telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Noor Zulaikha bt Ab Halim dari Arkib Negara. Kursus ini telah dihadiri oleh ketua unit dan kakitangan di setiap bahagian. Kursus ini diadakan supaya kakitangan dapat melaksanakan urusan sistem fail dengan prosedur rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.