12 Ogos 2024 l Telah berlangsungnya Kursus Pengambilan Tanah ( Akta Pengambilan Tanah 1960 ) di Hotel Melang Inn Kuala Pilah. Kursus ini merupakan anjuran Kelab Sukan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Jaiya bin Abu Pengarah Bahagian Perundangan Tanah JKPTG yang dijemput khas oleh pihak penganjur. Seramai 72 orang telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada TNB,Syarikat Jurukur Berlesan, JUPEM, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Pegawai Daerah Jempol Tuan Amino Agos bin Suyub tidak melepaskan peluang turut hadir bersama seterusnya merasmikan Kursus Pengambilan Tanah Tanah(Akta Pengambilan Tanah 1960). Pejabat Daerah dan Tanah Jempol bersama Kelab Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol merakamkan ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.