Selasa 14 Mei 2024, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol – Telah berlangsungnya Kursus Asas Pertahanan Awam Sukarelawan Penjawat Awam selama (2) dua hari bermula 13-14 Mei bertempat di Dewan Besar Pejabat Daerah & Tanah Jempol.
Kursus ini adalah anjuran Angkatan Pertahanan Awam Cawangan Daerah Jempol dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang melibatkan 70 orang peserta dari pelbagai agensi iaitu Majlis Perbandaran Jempol, Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Jempol dan Pejabat Daerah Jempol.
Program kali ini diisi dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang padat. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai APM yang terlatih. Demo menggunakan alat pemadam api bagi memadam kebakaran juga dijalankan semasa program berlangsung. Selain itu, perkongsian ilmu menyelamat juga dapat dipelajari oleh para peserta sepanjang kursus ini berlangsung.