30 Oktober 2023 | Pejabat MARA Jempol telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pn. Pegawai Daerah Jempol : Pn. Nawal bt Mohamed Amin. Pegawai Daerah Jempol menyantuni kehadiran Encik Muhammad Fairuz bin Zakariah, Pegawai MARA Daerah Jempol ke daerah ini.
Beberapa perkara sempat dibicarakan secara santai, terutama berkenaan pembangunan usahawan-usahawan di Jempol. InshaaAllah pihak MARA akan gerak bersama dan saling melengkapi dalam usaha mencapai aspirasi pembangunan usahawan-usahawan di Daerah Jempol.
Selamat datang ke Daerah Jempol dan selamat bertugas diucapkan kepada Pegawai MARA Daerah Jempol. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.