Jempol menjadi check point ke-6 kembara pada hari ini. Ketibaan konvoi telah disambut oleh lebih kurang 400 motor di Dataran MPJL dan diserikan dengan persembahan daripada pelajar MRSM Serting, Tadika Kemas dan Flash mob daripada Kelab Kecergasan Bahau.
Dianggarkan hampir 2000 orang telah hadir dan pengunjung teruja dengan pelbagai hadiah cabutan bertuan menarik termasuklah sebuah motorsikal.