jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Keberangkatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kariah Lonek

Keberangkatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kariah Lonek

28 Jun 2024 l DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama anakanda YTM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YTM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan berangkat ke Masjid Kariah Lonek bagi menunaikan solat jumaat.

 

Keberangkatan DYMM Tuanku telah disambut oleh Pegawai Daerah Jempol, Tuan Amino Agos bin Suyub, YB ADUN Palong , YB ADUN Jeram Padang , YB ADUN Bahau, YM Penghulu Luak Jempol, Ketua – Ketua Jabatan Daerah, Dato – Dato Adat serta penduduk Kariah Lonek.

Usai solat jumaat, DYMM Tuanku dan anakanda berkenan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak yang hadir seterusnya bergambar bersama AJK Masjid. Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku serta anakanda berdua atas kesudian menunaikan solat jumaat .Semoga Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku sekeluarga.

Skip to content