22 Mac 2024 l DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bersama anakanda YTM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YTM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan berangkat ke Masjid Pekan Rompin bagi menunaikan solat jumaat pada hari ini.
Keberangkatan DYMM Tuanku telah disambut oleh Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal binti Mohamed Amin, YB ADUN Jeram Padang, YM Penghulu Luak Jempol, Ketua – Ketua Jabatan Daerah serta penduduk kariah Rompin.
Usai solat jumaat, DYMM Tuanku dan anakanda berkenan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak yang hadir.
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Taunku serta anakanda berdua atas kesudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Rompin. Semoga Allah SWT memanjangkan usia Tuanku sekeluarga.