01 Sept 2023; Keberangkatan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bersama anakanda YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz menunaikan solat jumaat dan majlis santapan di Masjid Jamek Bahau Negeri Sembilan.
Pegawai Daerah Jempol, YDP Majlis Perbandaran Jempol serta ketua jabatan daerah Jempol turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi Majlis. DYMM Tuanku juga berkenan mengunjungi Masjid Rahmania dan Masjid IOI yang masih dalam pembinaan.