24 Mei 2024, Jumaat – DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama anakanda YTM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan berangkat ke Masjid Jamek Batu Kikir bagi menunaikan solat Jumaat.
Keberangkatan DYMM Tuanku telah disambut oleh Pegawai Daerah Jempol, Tuan Amino Agos bin Suyub, YB ADUN Serting, Ketua – Ketua Jabatan Daerah, Dato – Dato Adat serta penduduk Pekan Batu Kikir.
Usai solat Jumaat, DYMM Tuanku dan anakanda berkenan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak yang hadir seterusnya bergambar bersama AJK Masjid. Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku serta anakanda atas kesudian menunaikan solat Jumaat di Daerah Jempol. Semoga Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku sekeluarga.