02 April 2024 – Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah hadir berqiam bersama para jemaah di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol. Qiamullail ini telah diimamkan oleh Ustaz Shukri Ali, Sudais Malaysia.
Suasana di masjid juga cukup meriah dengan kehadiran anak-anak dan masyarakat setempat yang sudi untuk bersama-sama mengejar malam Lailatul Qadar. KopilahKopi dan Kendong Char Kuey Teow juga turut mengimarahkan masjid dengan menyediakan juadah moreh untuk para jemaah.