Istiadat Bersiram di Istana Besar Seri Menanti
Kuala Pilah, 16 November – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud menjalani Istiadat Bersiram di Istana Besar Seri Menanti. Baginda berangkat ke Panca Persada dengan menaiki Takhta Persada. Istiadat Bersiram disempurnakan dengan dihadiri oleh Yang Amat Mulia Putera Yang Empat, Kerabat Kanan, Kerabat Diraja, Yang Mulia Anak-anak Raja Bergelar, penamaan kerajaan dan seluruh rakyat jelata.