PROGRAM PELANCONGAN CALENDAR OF EVENTS (CoE)
‘PARAGLIDING SHOW JEMPOL 2022’
 
 
 
 
 
 
          
 
22 Oktober 2022 - Pejabat Daerah dan Tanah Jempol menerusi program pelancongan Calendar of Events (COE) buat julung-julung kalinya pada tahun ini menganjurkan ‘Paragliding Show Jempol 2022’ selepas ianya diadakan 10 tahun lalu. Program ini bertambah serinya dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz lantas menyempurnakan program ini.
 
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kampung Baru dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
'ParaglidingShowJempol2022’ ini menyajikan aksi-aksi menarik penerbangan Paragliding dan Paramotor di Bukit Penarikan dan pendaratan di SMK Datuk Mansor, Bahau. Pelbagai aktiviti menarik, gerai jualan dan food truck disediakan kepada para pengunjung.
 
Inisiatif menghidupkan semula sukan Paragliding di Bukit Penarikan, Jempol ini bertujuan bagi meletakkan kembali daerah Jempol dalam peta peminat sukan aksi lasak Paragliders Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
 
Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat.
#BersihMuafakatSejahtera

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia