![]()
Search FAQs
|
(ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri yang, menurut mana-mana undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; (iii) Apa-apa bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri sebagai tunggakan cukai tanah menurut kaedah-kaedah tanah negeri. Cukai Tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun. Cukai tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan jun tahun itu, Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa. ( SEK. 94 KTN ) Kategori-kategori tanah yang dinaikkan kadar cukai tanahnya iaitu:- Kategori-kategori tanah yang tidak dinaikkan kadar cukainya iaitu:- (i) Tanah Untuk Kegunaan Bangunan Bertingkat.
Jika anda ada sebarang soalan selain di atas sila hubungi kami di talian (Unit Hasil) : 06 -458 5077 / 06-458 5213 atau datang terus ke Unit Hasil (Kaunter e-Tanah) Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol Kompleks Pentadbiran Daerah 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan Apabila cukai tanah menjadi tunggakan, ptd akan mengeluarkan borang 6a kepada tuanpunya tanah dan orang/ badan yang ada kepentingan di atas tanah itu. ( SEK. 98(2) ) Bayaran yang dituntut dalam borang 6a hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan. bayaran ini termasuk bayaran notis mengikut kadar sama ada bagi tiap-tiap lot atau tiap-tiap notis sepertimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah negeri. ( SEK. 97(2) ) Jika selepas tamat tempoh 3 bulan bayaran yang dituntut tidak juga dijelaskan, ptd hendaklah membuat satu perintah bagi mengisytiharkan tanah itu dilucuthak (dirampas) dan menjadi milik pbn. ( SEK. 100 ) Pengisytiharan perlucuthakan dibuat dengan mewartakan borang 8a di dalam warta kerajaan negeri. perlucuthakan tanah berkuatkuasa daripada tarikh tersiarnya borang 8a. ( SEK. 130(1) ) |
Pertanyaan mengenai sebut harga jabatan sahaja. 1. Dokumen hendaklah lengkap beserta dengan tajuk kerja-kerja yang ditawarkan beserta nombor sebutharga. 2. Masa penghantaran hendaklah sebelum jam 12.30 tengahari semasa TARIKH TUTUP sebuharga tersebut. 2. Disertakan 3 salinan penyata kewangan yang terkini serta dokumen lengkap seperti yang dikehendaki di dalam borang sebutharga. |