Cukai Tanah
i) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada pihak berkuasa negeri sebagai cukai tanah;
(ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri yang, menurut mana-mana undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah;
(iii) Apa-apa bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa negeri sebagai tunggakan cukai tanah menurut kaedah-kaedah tanah negeri.
Cukai Tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun.
Cukai tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan jun tahun itu, Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.
( SEK. 94 KTN )
Kategori-kategori tanah yang dinaikkan kadar cukai tanahnya iaitu:-
(i) Tanah Pertanian
(ii) Tanah Bangunan
(iii) Tanah Industri
(iv) Tanah Tiada Kategori Tetapi Ada Kegunaan
Kategori-kategori tanah yang tidak dinaikkan kadar cukainya iaitu:-
(i) Tanah Untuk Kegunaan Bangunan Bertingkat.
(ii) Pusat Pelancongan (diturunkan kadarnya)
(iii) Tanah-tanah yang Didaftarkan Bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSl)
(iv) Sekolah Swasta, Universiti / Kolej Swasta (diturunkan kadarnya)
(v) Sekolah Bantuan Modal
(vi) Tanah Untuk Tujuan Keagamaan (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Bukan Islam)
(vii) Tanah-tanah Pusat Perdagangan Utama, Tanah Bandar dan Pekan tertakluk kepada syarat di bawah seksyen 53 (2) (b)
Jika anda ada sebarang soalan selain di atas sila hubungi kami di talian (Unit Hasil) :
06 -458 5077 / 06-458 5213
atau datang terus ke
Unit Hasil (Kaunter e-Tanah)
Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol
Kompleks Pentadbiran Daerah
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Apabila cukai tanah menjadi tunggakan, ptd akan mengeluarkan borang 6a kepada tuanpunya tanah dan orang/ badan yang ada kepentingan di atas tanah itu.
( SEK. 98(2) )
Bayaran yang dituntut dalam borang 6a hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan. bayaran ini termasuk bayaran notis mengikut kadar sama ada bagi tiap-tiap lot atau tiap-tiap notis sepertimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah negeri. ( SEK. 97(2) ) Jika selepas tamat tempoh 3 bulan bayaran yang dituntut tidak juga dijelaskan, ptd hendaklah membuat satu perintah bagi mengisytiharkan tanah itu dilucuthak (dirampas) dan menjadi milik pbn.
( SEK. 100 )
Pengisytiharan perlucuthakan dibuat dengan mewartakan borang 8a di dalam warta kerajaan negeri. perlucuthakan tanah berkuatkuasa daripada tarikh tersiarnya borang 8a.
( SEK. 130(1) )
- Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan;
- Kaunter Pejabat Tanah Daerah di Negeri Sembilan;
- Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (MPS, MPN, MPPD dan semua Majlis Daerah di Negeri Sembilan)
- Kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan;
- Kaunter Majlis Agama Negeri Sembilan;
- Pejabat Pos di seluruh Negeri Sembilan; dan
- Online melalui laman web https://e.ptgns.ns.gov.my/.
Bayaran tunai dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Bayaran melalui wang pos dari orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Bayaran melalui bank draf dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Cek persendirian/syarikat mestilah berjumlah RM 250.00 dan ke atas sahaja;
Bayaran dengan cara di atas hendaklah dibayar atas nama penerima “Bendahari Negeri, Negeri Sembilan”.
Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat-pejabat tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan tanah memaklumkan alamat terkini tempat tinggal.
Jika bil cukai tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan Pejabat Tanah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
Tidak boleh. Ansuran hanya dibenarkan kepada cukai tanah yang tertunggak sahaja dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah di mana tanah tersebut terletak melalui Borang PTGNS. BAC.
Sebut Harga
Pertanyaan mengenai sebut harga jabatan sahaja.
1. Dokumen hendaklah lengkap beserta dengan tajuk kerja-kerja yang ditawarkan beserta nombor sebutharga.
2. Masa penghantaran hendaklah sebelum jam 12.30 tengahari semasa TARIKH TUTUP sebuharga tersebut.
2. Disertakan 3 salinan penyata kewangan yang terkini serta dokumen lengkap seperti yang dikehendaki di dalam borang sebutharga.