29 Julai, Daerah Jempol – Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15 diadakan secara berasingan mengikut Dun yang dan kawasan yang dipertandingkan. Keadaan tenang dan terkawal. Berikut adalah calon PRN yang telah secara rasminya akan bertanding bagi PRN pada 12 Ogos 2023.
DUN.05 SERTING
Bertempat di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, calon yang bertanding adalah Muhamad Zamri Omar (BN) menentang Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas)
DUN.06 PALONG
Bertempat di Dewan Seri Palong Felda Palong 5. Calon yang bertanding adalah Encik Noor Azuan (PH) menentang Encik Mustapha bin Nagoor (BN)
DUN.07 JERAM PADANG
Bertempat di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol. Calon yang bertanding adalah Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN) menentang Datuk Seri S Surash (PN-Bersatu)
DUN.08 BAHAU
Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Daerah Jempol. Calon yang bertanding adalah Encik Kumar A/L Paramasivam (PN) menentang Encik Teo Kok Seong (PH)