UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Memproses permohonan serahbalik dan berimilik dan berimilik semula SEK. 204(A) dan serah balik mohon semula SEK.197 & 76 KTN
- Teknikal – Menyediakan laporan tanah bagi permohonan bagi permohonan pemberimilikan tanah kerajaan, permohonan rizab tanah kerajaan, permohonan pajakan tanah, lesen pendudukan sementara, semua urusan pembangunan tanah, permit bahan batuan, hak lalu Lalang dan pengambilan tanah
- Memproses permohonan hak lalu lalang tanah SEK. 390 KTN
- Memproses permohonan pengambilan tanah SEK. 3(1)(a)/(b)/(c) APT
- Memproses permohonan tukar kategori, meletak syarat nyata, membatalkan sekatan kepentingan tanah SEK. 124 (1) KTN
- Memproses permohonan pecah bahagian SEK. 142 KTN
- Memproses permohonan pecah sempadan tanah SEK. 137 KTN
- Memproses permohonan tukar syarat dan pecah sempadan tanah SEK. 124(A) KTN
- Memproses permohonan kebenaran merancang
UNIT PELUPUSAN TANAH
- Memproses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan SEK. 76 KTN dan SEK. 10(1)(A) akta tanah (Kawasan penempatan berkelompok) (GSA) 1960
- Memproses permohonan merizabkan tanah kerajaan SEK. 62 KTN [AKTA 828]
- Memproses permohonan pajakan tanah rizab kerajaan SEK. 63 KTN [AKTA 828]
- Memproses permohonan lesen pendudukan sementara SEK. 65 KTN [AKTA 828]
- Memproses permohonan permit bahan batuan SEK. 70 KTN [AKTA 828]
UNIT HASIL
- Menguruskan penerimaan bayaran cukai tanah dan hasil tanah.
- Mengutip bayaran urusniaga dan bukan urusniaga.
- Mengawal selia, melaksana dan memantau penyediaan dan penghantaran bil – bil cukai tanah tahunan.
- Mengurus penyediaan penyata kutipan hasil, buku tunai cerakinan dan penyata penyesuaian flimsy.
- Mengurus perancangan tentang pungutan cukai tertunggak dan hasil tanah.
- Mengurus penyediaan dan pemantauan Notis 6A dan Notis 8A serta proses perampasan tanah.
- Mengurus penyemakan dan pengemaskinian data dan maklumat hakmilik tanah.
UNIT PENGUATKUASAAN
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)
- Membuat siasatan tanah ke atas permohonan untuk penyambungan bekalan api dan air
- Menjalankan rondaan berkala bagi memantau kerja-kerja penguatkuasaan di bawah seksyen 127, 425, 426 KTN dan aduan awam
- Membuat siasatan ke atas aduan awam
- Menyemak dan memberi perakuan ke atas laporan permohonan pengeluaran deposit tanah
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 127 KTN melalui serahan notis, denda dan tindakan perampasan
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan di bawah seksyen 425 KTN melalui serahan notis, tindakan meroboh, membersih dan yang bersesuaian
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 426 KTN melalui pengeluaran kompaun dan tindakan mahkamah
UNIT PENDAFTARAN
- Menerima dan memproses pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga yang berlaku ke atas hakmilik
- Memproses pendaftaran hakmilik sementara, hakmilik kekal dan hakmilik baru
- Menerima dan memproses permohonan pengeluaran hakmilik pendua bagi permohonan hakmilik hilang/rosak.
- Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan mengikut Kanun Tanah Negara (Akta 828)
- Membuat catatan Memorial Pendaftaran ke dalam Dokumen Hakmilik Daftar Komputer (DHDK)
- Menerima, memproses dan menjalankan permohonan perintah jual
- Menerima dan memproses Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah , Gadaian dan Pajakan (Consent) serta Rayuan bagi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dan Menteri Besar
- Memproses dan melaksanakan Permohonan Pusaka Tanah Adat Seksyen 7 & 10