Eksplorasi Merdeka Peringkat Jabatan bagi tahun 2019
27 Ogos 2019, Jempol – Pentadbiran ini dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, buat julung kalinya menganjurkan Program Eksplorasi Merdeka. Program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan seramai 40 orang. Program ini telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan semua peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap “check point” yang telah ditetapkan seperti di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol, Mercu Tanda Za’ba, Taman Rekreasi Bahau, Teratak Za’ba dan di Jeram Kenangan, Serting Ulu. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Pegawai Daerah Jempol.