Ekspedisi Tawan Bukit Broyai, Berhulu Camp, Serting Ulu
27 Ogos 2020, Bukit Broyai – Seramai 33 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah bersama-sama menyertai pendakian ke Bukit Broyai, Serting Ulu. Program ini diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Suasana di puncak Bukit Broyai yang indah dan mendamaikan, membuatkan pengunjung pasti tertarik dan akan berkunjung semula ke sini. Tidak lupa juga kami turut menyimpan detik berharga ini bersama mengibarkan jalur gemilang di atas puncak Bukit Broyai.