jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Bukit Taisho

Bukit Taisho

awankarpetbukittaisho mukadepan 696x348 1
25785944Master
25785214Master

Bukit Taisho terletak 5 kilometer atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol. Dengan ketinggian lebih kurang 700 meter serta jarak lebih kurang 2.7 kilometer (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini adalah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Terdapat 3 laluan trek utama pendaki yang anda boleh lalui jika ingin sampai ke puncak Bukit Taisho.

Menurut cerita terdahulu, Bukit Taisho mempunyai kaitan dengan sejarah Bahau itu sendiri. Bandar Bahau sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah jutaan ringgit. Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil daripada siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk Naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini. Bagi menyekat kemakmuran Bahau, penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet bagi tujuan pertanian. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut. Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut ‘Feng-Shui’ masyarakat Cina, kuasa yang dimiliki oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga. Dikatakan juga di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit. Samada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Tiang besi yang dikatakan ditanam di puncak bukit tersebut juga tidak dijumpai hingga sekarang.

Untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/groups/1934122773372343/

 

Skip to content