Bukit Penarikan terletak di tengah-tengah laluan Jalan Penarikan. Nama “Penarikan” diberi kerana pengguna laluan sungai di situ dikatakan perlu menarik barangan atau perahu merentasi kawasan sepanjang lebih kurang 600 meter untuk meneruskan perjalanan ke bahagian pantai timur. Pengguna laluan berhenti di Sungai Muar, menarik barangan mereka sebelum masuk semula meneruskan perjalanan melalui Sungai Serting. Bukit Penarikan kini dijadikan lokasi sukan ekstrem paragliding.
Alamat: Kampung Kuala Sialang, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Tel: 019-361 5233
Untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/Bukit-Penarikan-310031669604401/