1. Ayam Gepuk Wak Lamat
Buat pertama kalinya di Bandar Seri Jempol, Ayam Gepuk Wak Lamat yang menyediakan 3 pilihan tahap kepedasan; Normal, Spicy dan Extra Spicy. Ayam Gepuk yang telah menjadi viral dan popular di Malaysia dan Indonesia dengan keunikan sambalnya yang membuat orang tertagih-tagih. Bagi mereka yang makan disana, mereka boleh tambah nasi, kicap atau sambal secara percuma. Jom try cabar kawan pejabat anda!
Waktu operasi: 11 pagi – 7 petang setiap hari
Telefon: 013-275 2127 / 0136990739
Lokasi: Lapang jaja Bandar Seri Jempol (Berhadapan dengan Faizal Store)
Facebook: https://www.facebook.com/taamkatering/
2. Nasi Arab Pakistan (Ta’am Katering)
Ta’am Katering menyediakan hidangan nasi arab ayam dan kambing. Orang ramai juga boleh mencuba set talam mereka yang boleh dinikmati seramai 4 orang. Bagi mereka yang malas untuk makan di sana, Ta’am Katering juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di kawasan Bandar Seri Jempol dan Bahau.
Waktu operasi: 12 tengahari – 12 malam (Jumaat cuti)
Telefon: 013-275 2127
Lokasi: Bandar Seri Jempol
Facebook: https://www.facebook.com/pages/category/Caterer/Taam-Katering-103629797923137/.
3. Nasi Ayam Baba Corner
Makan pagi di sini terdiri dari menu yang menarik, sedap dan pelbagai. Anda boleh mencuba hidangan seringkas lempeng bersama kuah kari, roti bakar, nasi lemak, mee bodo – bodo dan juga lontong. Selain itu, terdapat menu tengahari yang juga menarik seperti nasi ayam, gulai tempoyak, nasi lemak ikan masin, sup gearbox, sup urat keting, char kueteow, barisan lauk – pauk yang terdiri dari gulai lemak cili padi, kari dan bermacam lagi.
Waktu operasi: 7 pagi – 5 petang setiap hari (Sabtu & Ahad cuti)
Telefon: 016-444 6951
Lokasi: No 11 Rumah Kedai Pkns Dua Tingkat, Bandar Seri Jempol, 72100 Jempol, Negeri Sembilan
4. Meq Nor Kitchen Bahau
Menggunakan konsep stall, Meq Nor Kitchen menyediakan pelbagai pilihan menu yang menarik. Anda boleh mencuba sate, nasi kerabu ayam, nasi dagang, chicken chop, mac and cheese, fries, nasi lemak, otak – otak dan banyak lagi. Harga chicken chop begitu murah iaitu serendah RM 4.50 sahaja. Meq Nor Kitchen menjadi pilihan ramai kerana menunya yang agak banyak dan juga harga yang berpatutan. Malah, terdapat menu -menu yang disediakan agak istimewa berdasarkan hari yang telah ditetapkan.
Waktu operasi: 5 petang – 12 malam setiap hari (Rabu cuti)
Telefon: 017-625 5486
Lokasi: No. 1, Jalan Angsana 2, Pusat Perniagaan Angsana, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/MeqNorKitchen/
5. Cheydok Cafe
Rata-rata pelanggan yang pernah menjamu selera di sini memberi komen yang positif dan memberangsangkan. Makanan yang disajikan sedap, berkualiti serta sangat direkomendasi. Menu sarapan pagi di café ini terdiri dari nasi lemak dan soto, manakala waktu tengahari pula deretan lauk pauk tempatan menjadi sajian utama. Pada waktu petang, pelanggan boleh memesan roti canai dan teh tariknya yang begitu sedap dan lemak.
Waktu operasi: 6 pagi – 12 malam setiap hari
Telefon: 018-363 4867
Lokasi: 2515-G Jalan 1,Pusat Perniagaan Mahogani, 72100 Bahau 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/Cheydokcafe
6. Kafe Makcik Kantin
“Makcik kantin” sering menjadi panggilan bagi pelajar-pelajar sekolah untuk mereka yang bertugas di bahagian kantin sekolah. Namun, Makcik Kantin Kafe menjadi tempat makan hangat bagi mereka yang ingin makan tengahari. Masakan lauk tradisional menjadi pilihan pelanggan di sana untuk mengisi perut yang kosong seperti Gulai Ikan Keli, Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan-hidangan menarik ini.
Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang setiap hari (Ahad cuti)
Lokasi: No 10E, Jalan Kiara 1, Pusat Perniagaan Kiara, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/Kafe-Makcik-Kantin-100742138170672/?ref=page_internal
7. Cendol A'chid
Harga cendol yang berpatutan dan hidangan cendol yang menyelerakan menjadi salah satu Cendol A’chid menjadi pilihan penduduk-penduduk di Bandar Seri Jempol. Cendol yang dibuat sendiri menjadikan ia lebih istimewa untuk para penggemar cendol. Cendol A’chid juga menyediakan hidangan ais batu campur (ABC) kepada mereka yang meminati ABC.
Waktu operasi: 11.30 pagi – 5.30 petang setiap hari
Telefon: 013-3203383
Lokasi: Berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting
8. CMZ Tomyam
Bagi peminat-peminat tomyam, CMZ Tomyam pasti menjadi tumpuan kerana mereka menyediakan hidangan-hidangan yang pasti menyelerakan. Menu yang pelbagai menjadikan CMZ Tomyam tidak menang tangan apabila kedai mereka dipenuhi dengan pelanggan. Mereka juga menyediakan gerai-gerai kecil seperti gerai satay, otak-otak dan sebagainya.
Waktu operasi: 4.00 petang – 11.00 malam setiap hari
Telefon: 019-208 4444
Lokasi: 129, Jalan Kiara 1/2, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
9. Cendol Retro & Cucur Udang Tempayan
Tempat cendol yang berbagai jenis, termasuk cendol boba. Rojak, popia cheese dan mango shake pun ada. Penduduk di kawasan Bandar Seri Jempol perlu mencuba cendol retro disini bersama rakan-rakan dan keluarga. Minum petang anda pasti menjadi lebih menyeronokkan apabila anda mencuba cucur udang tempayan yang sungguh enak. Mereka juga turut menyediakan hidangan rojak tempayan yang pasti akan menambahkan lagi selera anda.
Waktu operasi: 10 pagi – 6.30 petang setiap hari (Isnin cuti)
Telefon: 011-27218551
Lokasi: 1999, Jalan Beringin 1, Kampung Perah, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/CendolRetro-Pasti-Yang-Ori-431246597650603/
10. Kojie Nasi Kukus
Meskipun hanya berniaga di tepi jalan, tetapi pelanggannya tidak pernah putus untuk datang membeli Kojie Nasi Kukus dengan harga yang murah. Pelanggan boleh makan di situ ataupun boleh bungkus untuk dimakan di rumah. Disajikan dengan ayam berempah yang sememangnya sedap untuk pelanggan-pelanggannya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan Kojie Nasi Kukus!
Waktu operasi: 11 pagi – 4 petang setiap hari (Ahad cuti)
Telefon: 013-940 2674
Lokasi: Berhadapan Hospital Jempol
Facebook: https://www.facebook.com/kojienasikukus/
11. Nasi Ayam Gemas
Lebih 10 tahun yang lepas, restoran nasi ayam Gemas ini telah memulakan perniagaan mereka. Menggunakan resepi turun temurun sejak dahulu, restoran ini terus mendapat sambutan ramai sehingga hari ini. Nasinya dimasak lembut dengan rasa yang menarik. Ayam yang disajikan pula cumalah ayam goreng, namun perapan yang digunakan sungguh berbeza. Rasanya cukup menarik tatkala ia dimakan bersama kicap serta sambal cili yang diadun bersama.
Waktu operasi: 9.00 pagi – 11.00 malam setiap hari
Lokasi: 10H, Jalan Kiara 2, Pusat Perniagaan Kiara, 72100 Bahau, Negeri Sembilan (Berhadapan Kiara Square)
12. Nasi Kandar Liga Maju Penang
Mula beroperasi sejak beberapa bulan lepas, Nasi Kandar Liga Maju Penang mendapat sambutan hangat daripada penduduk-penduduk di kawasan Jempol. Pelbagai jenis kari disajikan untuk para pelanggan nikmati bersama keluarga.
Waktu operasi: Dibuka 24 jam setiap hari
Lokasi: Bersebelahan dengan stesen Petronas
13. Cendol Terusan
Mereka bukan sahaja menjual cendol, malah menjual juadah lauk-pauk yang menyelerakan, mango shake dan coconut shake yang pasti akan menghilangkan dahaga anda. Makanan yang sedap dengan harga murah juga menjadi punca Cendol Terusan menjadi pilihan tempat untuk para pelanggan datang.
Lokasi: Sebelah dewan Bahau. Berdekatan dgn Billion
14. Kedai H4774
Nama kedai yang unik membuatkan para pelanggan tertanya-tanya apakah juadah yang dihidangkan di sini. Kedai H4774 menyediakan hidangan ala-ala barat yang pastinya sedap. Ramai yang ingin datang semula ke kedai H4774 untuk merasai keenakan masakan barat
Waktu operasi: 5 petang – 11 malam setiap hari
Telefon: 017-397 1793
Lokasi: No 4082, Taman Tunku Puan Chik, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Facebook: https://www.facebook.com/kedaih4774/
15. Mec Ulan (Restoran Buluh)
Mula beroperasi sejak beberapa bulan lalu, Mec Ulan (Restoran Buluh) menjadi tempat panas bagi penggemar masakan gulai. Struktur bangunan yang unik menjadi tarikan untuk pelanggan singgah makan di situ. Tempat yang luas dan memudahkan pelanggan untuk parkir dan menikmati hidangan. Layanan daripada pelayan yang mesra menjadikan suasana lebih selesa. Pada waktu malam, pelanggan juga boleh menikmati persembahan angklung sambil menikmati makan malam.
Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam setiap malam
Lokasi: No 9, Kampung Jawa Serting Tengah, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
16. Cik Fas Yong Tau Foo Station
Para Muslim kini boleh mencuba hidangan yong tau foo, oden dan dim sum halal di kedai Cik Fas Yong Tau Foo Station. Mereka juga menjual Yong Tau Foo beku dan mempunyai perkhidmatan penghantaran dan mengambil tempahan buffet untuk majlis istimewa.
Waktu operasi: 11 pagi – 7 malam setiap hari (Ahad cuti)
Telefon: 019-614 0747
Facebook: https://www.facebook.com/fasytflejen