Pada 24 Oktober 2023, Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah & Tanah Jempol telah menganjurkan Bengkel Bersama Pemain Industri Pelancongan Daerah Jempol di The Imperial Heritage Hotel, Melaka. Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan idea daripada pelbagai pihak termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Jempol, FELDA Wilayah Raja Alias, Pejabat Pertanian Daerah Jempol, Persatuan Hotel Malaysia Negeri Sembilan, Persatuan Hotel Bajet & Business Negeri Sembilan, Trekzo Resources, Koperasi Homestay Lonek Berhad dan Berhulu Camp.
Bengkel ini turut menetapkan hala tuju pelancongan daerah Jempol dengan mewujudkan pakej-pakej pelancongan yang menarik serta mencadangkan acara-acara bagi Calendar of Events (CoE) 2024. Julung-julung kali diadakan, bengkel ini telah berjaya mencerakinkan usaha dan tumpuan daerah Jempol bagi menjadikan daerah ini salah satu daripada destinasi pilihan pelancong.
#BersihMuafakatSejahtera #MalaysiaMadani #PesonaJempol