Aktiviti Gotong-royong Membersihkan Perkarangan Dalam Kawasan Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol.
Bandar Seri Jempol, 14 Jun 2019 – Program membersihkan perkarangan kompleks pentadbiran Daerah Jempol telah berjaya dilaksanakan bersama Tuan Pegawai Daerah dan kakitangan di kompleks pentadbiran ini. Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah mengetuai program ni dan antara jabatan yang terlibat bersama adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Jempol. Program bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi.