BANTUAN BANJIR / PASCA BANJIR
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dalam usaha MENGUMPULKAN SEBARANG JENIS BANTUAN untuk penduduk yang terjejas banjir.
Barang bantuan bolehlah dihantar ke Dewan Besar, PDTJL untuk dikumpulkan sebelum diagihkan ke PPS dan lokasi yang bersesuaian.
Barang Keperluan adalah disusun mengikut keutamaan berdasarkan situasi sekarang:
1. Toto
2. Bantal dan sarung
3. Selimut
4. Tikar
5. Keperluan bayi (lampin/susu)
6. Tuala wanita
7. Telekung / sejadah
8. Berus gigi / ubat gigi
9. Air mineral
10. Peralatan cucian (penyapu/mop/sabun/baldi)
11. Pakaian dewasa
12. Pakaian kanak-kanak
13. Makanan (makanan kering lebih baik)
Tempat Penghantaran :
Dewan Besar,
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
Masa penghantaran:
9.00 pagi – 5.00 petang
Sebarang pertanyaan boleh hubungi bilik gerakan PKOB :
06-4585206
Sekian :
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol