20 JULAI 2024 (SABTU) | SK TUNKU MUDA SERTING
JEMPOL – Telah berlangsung meriah Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge Edisi Ke-4 Bukit Penarikan, Jempol : Road to Hari Sukan Negara (HSN 2024). Seramai 1,200 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program sukan mendaki (‘hiking’) ini.
Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol serta pelbagai agensi di daerah Jempol.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting. Hadir sama YB Tuan Teo Kok Seong, Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap ADUN Kawasan Bahau, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Kawasan Bukit Kepayang, YDH DCP Dato’ Ahmad Zhaffir bin Mohd Yusoff, Ketua Polis Negeri Sembilan, Puan Suhana binti Suratman, Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Amino Agos bin Suyup, Pegawai Daerah Jempol merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge (Bukit Penarikan, Jempol) 2024 serta ramai lagi ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah.
Turut hadir menyertai program Pendakian 7 Wonders Challenge di Bukit Penarikan, Jempol kali ini ialah penampilan khas Ikon Sukan Mendaki Malaysia iaitu Saudara Ravichandran Tharumalingam atau lebih dikenali sebagai Ravi Everest. Beliau merupakan pendaki solo pertama negara yang berjaya menakluki puncak Everest pada tahun 2006. Malah tahun lalu, beliau mencipta satu kebanggaan buat negara apabila berjaya menakluk K2 yang menjadi puncak kedua tertinggi di dunia. Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program 7 Wonders Challenge Daerah Jempol ini antaranya Tayangan Siaran Langsung Istiadat Pertabalan YDP Agong Ke-17 dibawakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pameran agensi-agensi kerajaan & Persatuan ESports Negeri Sembilan, Jualan Rahmah KPDN Negeri Sembilan, Jualan Usahawan Risda dan Food Truck, Aerobic Fitness Challenge, Demontrasi Paragliding, Kibaran Bendera Besar Negeri Sembilan di Puncak Penarikan dan banyak lagi. Selepas Daerah Jempol, Siri Jelajah Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2024 yang selanjutnya ialah di Bukit Batu Beras, Jelebu pada 10 Ogos 2024 yang akan datang.
Kredit Sumber Rujukan : Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol