Perutusan Pegawai Daerah Jempol

 

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat melayari laman sesawang Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL).

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol menawarkan perkhidmatan berikut :

1.    Menyediakan Perkhidmatan Urusan Tanah Dengan Cekap dan Berterusan;

2.    Menyelaras Projek Pembangunan Daerah Secara Menyeluruh dan Melaksanakan Projek Pembangunan Luar Bandar;

3.    Menyelaraskan Majlis Rasmi  Dari  Kerajaan Atau Agensi Yang Melibatkan Pemimpin Kerajaan Negeri dan MPKK;

4.    Menguatkuasakan Undang-Undang Tanah Di Dalam Negeri Supaya Pembangunan Tanah-Tanah Dapat Diselaraskan Seiring Dengan    Pembangunan Negeri Sembilan;

5.  Menyelesaikan Aduan Dari Orang Awam Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja;

6.  Berusaha Memudahkan Orang Awam Untuk Membayar Cukai Tanah Dengan Menawarkan Perkhidmatan Kutipan Cukai Tanah Luar Kaunter dan Dalam Talian https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html;

Perkhidmatan bagi urusan tanah di PDTJL diketuai oleh Encik Zulkiflee bin Mohamad @Haniffa Timbalan Pentadbir Tanah Daerah. Manakala bagi urusan pembangunan diketuai oleh Encik Rijalul Fiqri bin Mustapa sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Sukacita dimaklumkan PDTJL ada membangunkan laman pengkalan data produk Jempol. Sila lawati jempol.ns.gov.my/my/info-daerah/maklumat-usahawan-kraftangan

Hubungilah kami bagi semua urusan yang kami tawarkan dan kami akan bantu tuan/puan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

#jempoldimanamana!

Bersih, Muafakat, Sejahtera

Berkhidmat Untuk Negara

Saya yang menjalankan amanah,

MAS MIDYAWAN YAHYA
PEGAWAI DAERAH JEMPOL

 

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia