PENGENALAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JEMPOL

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol diwujudkan pada tarikh yang sama daerah Jempol diwujudkan. Sebelum tahun 1980, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil Bahau atau lebih sinonim dengan nama Pejabat Tanah Bahau (PTB) dan bangunan pejabat terletak di Bahau. Setelah daerah Jempol diwujudkan, bangunan pejabat di Bahau masih digunakan sehingga tahun 1988 apabila Bangunan Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol siap dibina di Bandar Seri Jempol (dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting).

Pejabat ini berperanan sebagai pejabat utama yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau semua pelaksanaan Dasar, Projek dan Program Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah. Peranan utama ini amat penting bagi memastikan impak pelaksanaan direalisasi dan seterusnya manfaat, kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh kumpulan sasar.

Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan tanah daerah meliputi pembangunan, pelupusan, pendaftaran, hasil dan penguatkuasaan. Tanah dan air merupakan satu-satunya sumber utama hasil Kerajaan Negeri dan pejabat ini komited untuk memastikan tanah di tadbir urus dengan cekap bagi memastikan kutipan hasil dapat dimaksimumkan.  

 

Penafian

Pejabat Daerah & Tanah Jempol tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan

dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Paparan terbaik Mozilla Firefox versi 43.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 piksel minimum

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Peta Laman

 
3116224

Your IP: 103.21.45.203
2019-10-15 08:23
  • Tarikh Dikemaskini : Selasa 15 Oktober 2019, 04:14:12 PM.

Hubungi Kami

Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol
Kompleks Pentadbiran Daerah 
72120 Bandar Seri Jempol 
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 606-4585218 | Fax: 606-4581242
E-mail: pdtjempolAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
E-mail Webmaster: nooraAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.