KARNIVAL ERAT MERDEKA DAERAH JEMPOL 2022

 

 

Karnival Erat Merdeka Daerah Jempol 2022 telah melabuhkan tirainya pada Sabtu, 3 September 2022. 

Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan semasa Karnival Erat Merdeka 2022 - Fun Run Merdeka 5km, Aerobicthon & Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak di samping jualan dan pameran di Pusat Komersial Bahau. Di sebelah petang pula diadakan pertandingan Suara Emas Patriotik dan semua warga Daerah Jempol dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Konsert Erat Merdeka pula diserikan lagi dengan kehadiran Shafie Rio GV dan Iqmal Ceria Popstar.
 
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Teo Kok Seong, Exco Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap Adun Bahau. Jutaan penghargaan buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak lansung.
 
Penghargaan juga buat rakan-rakan agensi kerajaan yang turut berganding bahu menjayakan karnival ini. Kami berharap agar karnival seumpama ini akan diteruskan bagi menterjemahkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat Jempol.
 
#EratMerdekaJempol
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia